About Me

My photo
GC BIOLOGY SMK BUNUT SUSU, PASIR MAS.

23 September 2009

Penulisan Kajian Tindakan 2004

Kajian Tindakan 2004

oleh

MOHAMAD BIN OMAR

SEK MEN KEB BUNUT SUSU

17020 PASIR MAS, KELANTAN.

TAJUK:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI BAGI

SOALAN MERANCANG EKSPERIMEN DALAM

KERTAS 3 SUBJEK BIOLOGI MENGGUNAKAN

KAEDAH PU (Ma +R).

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan kemahiran menulis esei bagi soalan merancang eksperimen dalam Kertas 3 subjek Biologi. Kajian ditumpukan kepada pelajar tingkatan 5 Sains 2. Seramai tiga puluh pelajar kelas ini digolongkan sebagai pelajar sederhana dan lemah menghadapi masalah untuk menulis esei merancang eksperimen. Penulisan esei yang memerlukan ayat-ayat yang tepat dan mengandungi fakta, iaitu ayat yang mengandungi pemboleh ubah manipulasi (PUMa) dan pemboleh ubah bergerakbalas(PUR) . Tinjauan awal dari laporan eksperimen , soalan-soalan lisan dan soal selidik menunjukkan kegagalan pelajar untuk membuat ayat yang mengandungi fakta yang betul. Pelajar menganggap soalan sebegini sukar kerana terlalu banyak eksperimen yang perlu dihafal. Bagi mengukuhkan kefahaman pelajar satu ujian dijalankan berdasarkan eksperimen yang telah diajar. Hasil ujian didapati kurang memuaskan dari segi markah yang diperolehi. Dalam kajian ini, saya memperkenalkan satu kaedah PU (Ma +R) bagi memudahkan pelajar membina ayat-ayat yang mengandungi kedua-dua pemboleh ubah . Aktivitinya, pelajar didedahkan dengan pelbagai soalan esei merancang eksperimen dengan mengisi tempat kosong dalam Helaian Peranacangan Eksperimen (HPE). Serentak dengan itu demonstrasi menggunakan bahan dan radas ditunjukkan oleh pelajar atau guru untuk menambahkan kefahaman pelajar tentang pemboleh ubah dalam eksperimen berkenaan. Berdasarkan HPE , pelajar digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menulis semula esei mengikut format yang diberikan. Dapatan ujian pos menunjukkan peratus kelulusan murid meningkat. Peningkatan ini membuktikan murid telah meningkat pengetahuan dan penguasaan kemahiran menulis esei merancang eksperimen untuk memenuhi keperluan peperiksaan Biologi kertas 3 khususnya soalan nombor 2.

1.0 REFLEKSI MASALAH

Saya telah mengajar Biologi tingkatan 4 dan 5 selama 19 tahun. Biasanya pelajar yang memasuki aliran sains adalah pelajar yang mendapat gred A atau gred B dalam subjek Sains dan Matematik peringkat PMR. Selepas dasar 60 Sains : 40 sastera diperkenalkan, maka pelajar yang mendapat gred C bagi subjek Sains dan Matematik digalakkan memasuki aliran sains. Majoriti pelajar yang mendapat gred C ini diletakkan dalam kelas kedua iaitu Sains 2.

Semasa proses Pengajaran & Pembelajaran (P &P) merancang eksperimen, saya dapati pelajar-pelajar ini menghadapi masalah untuk membezakan pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerakbalas. Kesannya mereka gagal untuk menulis ayat-ayat yang mengandungi kedua-dua pemboleh ubah untuk menerangkan perancangan eksperimen mereka.. Perkara yang sama berlaku semasa saya membaca kertas jawapan peperiksaan akhir tahun 2003 dan markah yang diperolehi kurang memuaskan. Ditinjau dari laporan eksperimen, mereka juga gagal untuk menulis laporan dengan baik dan sesetengahnya tidak ikut format perancangan eksperimen. Walaupun sebahagian pelajar menulis jawapan mengikut format perancangan eksperimen tetapi mereka tulis apa yang mereka tahu dan bukannya menulis fakta dan penerangan mengenai eksperimen berkenaan.

Pemerhatian semasa saya mengajar, beberapa orang pelajar tidak menumpukan perhatian pada perancangan eksperimen yang sedang dijalankan , seterusnya tidak menghantar laporan eksperimen lantaran tidak tahu cara sebenar menulis perancangan eksperimen. Semangat berusaha dan disiplin diri pelajar ini agak lemah. Daripada penelitian yang dibuat, kelemahan ini timbul disebabkan mereka tidak dapat menggunakan fakta yang telah mereka pelajari, tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam eksperimen berkenaan dan mereka kurang mampu menggunakan ayat-ayat yang sesuai untuk menerangkan sesuatu fakta dalam eksperimen.

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi yang dibuat, saya telah mengenalpasti beberapa masalah dalam

pengajaran saya. Saya telah membuat andaian terdapat beberapa masalah utama

dalam P & P saya:

  1. Saya lebih menekankan teori dan kurang menjalankan eksperimen.
  2. Saya kurang mengambil berat untuk mereka membezakan pemboleh ubah-pemboleh ubah serta mengaitkan antara satu sama lain dalam sesuatu eksperimen.
  3. Pengetahuan asas pelajar dalam Biologi lemah dan perlukan bimbingan

dari segi membina ayat-ayat untuk menulis soalan merancang eksperimen.

  1. Pelajar lemah mesti diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan .

Kajian ini berfokus kepada memberi pengetahuan dan menguasai kemahiran menulis esei berkaitan soalan merancang eksperimen. Dalam peperiksaan SPM, soalan merancang eksperimen ini dikemukakan dalam kertas 3 soalan nombor 2, dalam bentuk esei . Tahun 2004 merupakan tahun kedua kertas 3 diperkenalkan kepada calon SPM. Soalan bahagian ini boleh membantu mereka mendapat markah yang tinggi berbanding dengan kertas 2 yang lebih sukar.

Jadual 1 : Soal Selidik Aktiviti P & P (n = 30)

Item

Pernyataan

Respons

Jumlah

Setuju

Kurang

Setuju

Tidak

Pasti

1

Setelah melalui P & P Biologi selama setahun di tingkatan 4, saya rasa subjek ini senang.

2

(6.7 %)

25

(83.3 %)

3

(10.0 %)

30

(100%)

2

Penggunaan GLA- Pakej Mesra Biologi

amat membantu saya memahami fakta dengan lebih mudah.

16

(53.3%)

11

(36.7 %)

3

(10.0%)

30

(100%)

3

Saya terpaksa menghafal banyak eksperimen untuk menjawab soalan merancang eksperimen dalam kertas 3.

24

(80.0%)

6

(20.0%)

0

(0.0%)

30

(100%)

4

Saya tahu item-item dalam soalan merancang eksperimen tetapi tidak tahu menulis esei yang baik untuk mendapat markah tinggi.

23

(76.7%)

7

(23.3%)

0

(0.0%)

30

(100%)

5

Pengajaran guru menyeronokkan kerana menggunakan pelbagai kaedah P & P.

22

(73.3%)

6

(20.0%)

2

(6.7 %)

30

(100%)

Analisis jadual 1, mengenai soalan merancang eksperimen dalam kertas 3, 80.0 % pelajar mendakwa mereka terpaksa menghafal terlalu banyak eksperimen hanya untuk kertas 3. 76.7 %

pelajar tahu item-item dalam soalan ini tetapi tidak tahu cara menulis ayat yang betul dan mengandungi fakta yang lengkap untuk mendapat markah yang tinggi, walaupun 73.3% bersetuju bahawa kaedah P & P guru yang menyeronokkan. Menyedari hakikat ini, saya dapati kaedah pengajaran perlu diubah. Dengan memperkenalkan satu kaedah baru yang lebih mudah dan menarik untuk meningkatkan kemahiran ini seterusnya pelajar mendapat markah yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar sukar menguasai kemahiran

menulis esei merancang eksperimen.

3.2 Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar dan guru bahawa perlunya teknik yang

sesuai untuk menguasai kemahiran menulis esei soalan merancang eksperimen.

3.3 Meningkatkan kemesraan antara guru penyelidik dengan pelajar.

3.4 Menambah bilangan pelajar yang cemerlang dalam Biologi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 5 Sains 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas. Kesemuanya berbangsa

Melayu dengan 12 lelaki dan 18 perempuan.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengambilkira semua langkah yang terdapat dalam gelung kajian tindakan. Langkah-langkah seperti membuat refleksi, menentukan fokus kajian, merancang tindakan

serta melaksanakan tindakan, seterusnya memerhati dan membuat refleksi semula terhadap keseluruhan proses untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah baru /rawatan tercapai.

5.1 PERANCANGAN TINDAKAN

Dalam membuat perancangan tindakan , saya fokuskan kepada strategi P & P membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan penguasaan kemahiran menulis esei merancang eksperimen. Tinjauan awal melalui buku laporan eksperimen, soalan-soalan lisan, soal selidik dan kertas jawapan peperiksaan akhir tahun 2003 (tingkatan 4) mengkaji kenapa pelajar kehilangan markah bagi soalan ini. Rumusan hasil tinjauan mendapati masalah tersebut boleh diatasi jika pelajar benar-benar faham dua pemboleh ubah yang perlu dimasukkan ke dalam item-item tertentu. Seterusnya ujian pra dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar.

Aktiviti P & P dijalankan selama tiga minggu dan sebanyak dua masa diambil untuk

melaksanakan Kaedah PU ( Ma+R ). Pelbagai soalan latihan dibincang bersama pelajar

sehingga mereka benar-benar faham dan mampu untuk menulis ayat-ayat yang

mengandungi kedua-dua pemboleh ubah.

Akhirnya satu ujian pos dijalankan untuk mengukur sejauh mana soalan-soalan latihan

merancang eksperimen mampu membantu pelajar meningkatkan pemarkahan dan

pengetahuan terhadap menulis esei.

5.2 PELAKSANAAN TINDAKAN/ INTERVENSI

Pelaksanaan tindakan dijalankan dari aspek yang mudah kepada yang susah. Kaedah

PU (Ma +R) memandu murid mencari dua kata kunci iaitu pemboleh ubah manipulasi

(PUMa ) dan pemboleh ubah bergerakbalas (PUR) dalam ayat setiap soalan.

Langkah 1: Bagi memastikan keberkesanan sesi rawatan ini, saya telah menyediakan

satu Helaian Perancangan Eksperimen (HPE) untuk diedarkan kepada

setiap pelajar setiap kali sesi P & P. .

( Dalam HPE mengandungi 9 item yang perlu diisi oleh pelajar iaitu tujuan,

pernyataan masalah, hipotesis, pemboleh ubah, bahan & radas, teknik,

prosedur, jadual dan kesimpulan).

Langkah 2: Guru akan memberi satu soalan eksperimen dan pelajar dikehendaki

menulis soalan pada HPE masing-masing di ruangan yang disediakan.

Langkah 3: Berdasarkan soalan eksperimen yang diberi, guru meminta pelajar

mengenalpasti dan mengariskan pemboleh ubah manipulasi (dicatat

PUMa) dan seterusnya mengenalpasti dan mengariskan pemboleh ubah

bergerakbalas (dicatat PUR) dalam ayat bagi soalan berkenaan.

Langkah 4: Guru menegaskan bahawa kebanyakan item atau langkah dalam

menulis ayat-ayat merancang eksperimen hendaklah mengandungi

PUMa dan PUR = PUMa + PUR = Kaedah PU (Ma + R).

Langkah 5: Guru meminta pelajar membuat demosntrasi memasang bahan dan radas

seterusnya pelajar menerangakan kaitan kedua-dua pemboleh ubah dalam

eksperimen yang sedang dibincangkan.

Langkah 6: Guru membimbing pelajar bagaimana mengisi jawapan dengan memasukkan

PUMa dan PUR dalam item-item yang berkaitan pada HPE.

Langkah 7: Berdasarkan HPE yang telah dilengkapkan, pelajar dikehendaki menulis

semula isi kandungan HPE itu dalam bentuk jawapan esei menggunakan

kreativiti ayat masing-masing menghasilkan satu perancagan eksperimen

yang boelh berfungsi.

Langkah 8 : Pelajar diminta membentang hasil penulisan esei, guru dan pelajar lain

diminta memberi komen.

C0NT0H: Mengenalpasti PUMa dan PUR

Soalan : Rancangkan satu eksperimen untuk mengkaji perkaitan antara pengambilan

isipadu air diminum ke atas kuantiti penghasilan air kencing.

A B C D E

(100 ml) ( 250ml) ( 500 m)l ( 750ml) ( 1000m)l

6.0 DAPATAN KAJIAN

Setelah semua tindakan yang melibatkan Kaedah PU (Ma + R) yang dirancangkan dilaksanakan,

Ujian pos dilakukan selepas tiga minggu proses rawatan dilakukan. Ujian pos menentukan keberkesanan pelaksanaan tindakan untuk meningkatkan prestasi serta menilai status peningkatan pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam menulis esei merancang eksperimen.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos (n = 30)

Bil

Jantina

Pelajar

Ujian Pra

(%)

Ujian Pos

(%)

1

L

Pelajar 1

20

52

2

L

Pelajar 2

17

48

3

L

Pelajar 3

34

68

4

L

Pelajar 4

31

67

5

L

Pelajar 5

40

50

6

L

Pelajar 6

14

48

7

L

Pelajar 7

40

56

8

L

Pelajar 8

29

60

9

L

Pelajar 9

40

48

10

L

Pelajar 10

43

56

11

L

Pelajar 11

31

57

12

L

Pelajar 12

43

56

13

P

Pelajar 13

31

55

14

P

Pelajar 14

43

88

15

P

Pelajar 15

40

75

16

P

Pelajar 16

49

86

17

P

Pelajar 17

29

56

18

P

Pelajar 18

37

36

19

P

Pelajar 19

26

40

20

P

Pelajar 20

31

64

21

P

Pelajar 21

29

64

22

P

Pelajar 22

29

44

23

P

Pelajar 23

26

52

24

P

Pelajar 24

34

75

25

P

Pelajar 25

61

77

26

P

Pelajar 26

37

52

27

P

Pelajar 27

37

87

28

P

Pelajar 28

37

60

29

P

Pelajar 29

37

48

30

P

Pelajar 30

34

78






Markah terendah

14

40

Markah tertinggi

61

88

Julat Marakh

14 -61

40- 88

Purata Markah

34.3

60.2

Bentuk dan format ujian pos adalah sama dengan ujian pra, cuma ujian pos lebih mirip kepada soalan peperiksaan sebenar. Dari analisa Jadual 2, keputusan ujian pra didapati julat markah antara 14 dan 61 dengan nilai purata 34.3 % manakala ujian pos pula julat markah antara 40 dan 88 dengan nilai purata 60.2 %. Keputusan ini menunjukkan terdapat perubahan yang ketara dalam pencapaian pelajar selepas menggunakan kaedah ini. Peningkatan ini menunjukkan keberkesanan pendekatan kaedah PU ( Ma + R ) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menulis esei merancang eksperimen dalam kertas 3.

7.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN

Kajian tindakan ini juga mampu memberi gambaran jelas kepada pelajar tentang format sebenar yang sepatutunya ditulis semasa menjawab soalan. Kemampuan pelajar untuk membezakan pemboleh ubah manipulasi (PUMa) dan pemboleh ubah bergerakbalas (PUR) akan meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam menulis item-item seperti objektif, pernyataan masalah, hipotesis, pemboleh ubah yang dimalarkan, teknik, prosedur menjalankan eksperimen dan cara data dipersembahkan seperti membuat jadual. Ayat-ayat yang diberi dalam Helaian Perancangan Eksperimen adalah penting bagi membantu dan memberi panduan kepada pelajar untuk menulis fakta yang lengkap.

Jadual 3 : Respon Pelajar Terhadap Kaedah PU (Ma +R)

( n = 30 )

Item

Pernyataan

Respons

Jumlah

Setuju

Kurang setuju

Tidak pasti

10

Saya perlukan satu kaedah / teknik untuk memudahkan menulis laporan / menulis esei merancang eksperimen.

27

90.0%

3

10.0%

0

0.0 %

30

100%

8

Saya rasa seronok untuk menulis laporan

/ menulis esei merancang eksperimen.

19

63.3%

8

26.7 %

3

10.0 %

30

100%

9a

Saya dapat gambarkan 9 item yang

sepatutnya ditulis dalam merancang eksperimen.

25

83.3 %

5

16.6 %

0

0%

30

100%

9b

Saya yakin dapat mengenalpasti 2 pemboleh ubah utama dalam setiap soalan.

25

83.3%

3

10.0%

2

6.7 %

30

100%

11

Kaedah PU (Ma + R) dapat meningkat pengetahuan dan memahirkan saya untuk menjawab soalan merancang eksperimen dalam kertas 3.

26

86.7%

3

10.0%

1

3.3 %

30

100%

12

Jika kaedah PU (Ma +R) sudah saya kuasai, saya akan hebahkan kaedah ini kepada rakan saya untuk membantu

mereka pula.

30

100%

0

0.0 %

0

0.0 %

30

100%

Analisis Jadual 3, menunjukkan bahawa 90% pelajar mengharapkan guru supaya mengadakan satu kaedah yang mudah bagi membantu mereka dalam menulis esei merancang eksperimen.

83.3 % pelajar bersetuju bahawa mereka dapat gambarkan 9 item yang perlu diingat . 83.3% pelajar yakin mereka dapat mengenalpasti dua pemboleh ubah yang utama dalam soalan. Walaupun 86.7 % bersetuju dengan Kaedah PU (Ma + R) dapat meningkatkan pengetahuan dan memahirkan menulis esei merancang eksperimen yang dapat berfungsi tetapi hanya 63.3% pelajar bersetuju merasa seronok untuk menulis laporan / menulis esei merancang ekseprimen. Kesemua pelajar bersetuju untuk menghebahkan kaedah ini kepada rakan yang lain yang masih belum menguasai kemahiran ini.

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan Kajian Tindakan yang dijalankan menunjukkan terdapat perubahan positif dalam kaedah pengajaran guru serta pembelajaran murid. Selain dari meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menulis esei, Kaedah PU (Ma + R) juga boleh memandu pelajar untuk merancang sesuatu eksperimen yang boleh berfungsi. Berdasarkan dua pemboleh ubah utama yang dapat dikenalpasti, pelajar lebih yakin untuk menulis esei dalam kertas 3. Cadangan kajian seterusnya

mengguanakan kaedah Kecerdasan Pelbagai contoh pantun dan sajak. Setiap pelajar dianugerahkan dengan pelbagai bentuk kecerdasan. Oleh itu keberkesanan suatu kaedah itu bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menyesuaikan kaedah dengan keadaannya.

BIBLIOGRAFI

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM

Tingkatan 4 dan 5.

  1. Manual Kursus Kajian Tindakan 2002

Guru-Guru Sekolah Menengah & Rendah.

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

  1. Mah Chee Wai dan Rakan (2003)

Revisi Prioriti SPM Biologi

Penerbit Sasbadi.

Contoh Helaian Perancangan Eksperimen HPE/ 04/mo

Soalan: ……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….


PUMa: ………………….

PUR: .................................

1 Tujuan /

Objektif

Mengkaji …PUMa …… ke atas / dengan PUR……….. .

2 Pernyataan

Masalah

Adakah ... PUMa........ mempengaruhi .......... PUR............. ?

3 Hipotesis

... PUMa...... .......... PUR...................

4 Pemboleh

Ubah

PUMa:

PUR:

Dimalarkan:

5 Bahan &

Radas


6 Teknik

( Cara mengukur PUR )


7 Kaedah /

Prosedur/

a. Langkah penyediaan radas.

b. Langkah mengendalikan PUMa

c. Langkah menetapkan PU dimalarkan Rajah

d. Langkah mengukur PUR (Jika Perlu)

e. Cara persembahan data

f. Langkah berjaga-jaga

8

Keputusan/

Jadual


PUR

PUMa


9 Kesimpulan

Tuliskan hipotesis – Hipotesis diterima /ditolak.

Contoh Helaian Perancangan Eksperimen HPE/04/mo Soalan: Rancangkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan

karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis suatu tumbuhan .

Cloud Callout: PURCloud Callout: PUMa


PUMa :kepekatan karbon dioksida

PUR: Kadar fotosíntesis.

1 Tujuan /

Objektif

Mengkaji kepekatan karbon dioksida yang berbeza-beza ke atas kadar fotosíntesis .

2 Pernyataan

Masalah

Adakah kepekatan karbon dioksida yang berbeza-beza mempengaruhi kadar fotosíntesis ?

3 Hipotesis

Semakin tinggi kepekatan karbon dioksida semakin tinggi kadar fotosíntesis.

4 Pemboleh

Ubah

PUMa: kepekatan karbon dioksida

PUR: Kadar fotosíntesis

Dimalarkan:

keamatan cahaya, jenis tumbuhan, suhu dll.

Bahan &

Radas

Hydrilla sp,larutan natrium bikarbonat.

Bikar, plastisin, jam randik, pembaris, mentol.

6 Teknik

( Cara mengukur PUR )

mengira bilangan gelembung gas

dalam masa yang ditetapkan

7 Kaedah /

Prosedur/

a) Larutan natrium bikarbonat 0.2% dimasukkan dalam bikar

b) 5cm Hidrilla dipotong dan diikat pada plastisin

c) Tetapkan jarak mentol lampu daripada tumbuhan (PU Malar)

d) Kira bilangan gelembung gas yang dibebaskan (PUR)

dalam 1minit (PU Malar ) dan catatkan dalam jadual.

e) Ulangi langkah (a) hingga (d) menggunakan larutan natrium

bikarbonat 0.4%, 0.6%, 0.8% dan 1.0% (PUMa).

f) Keputusan dicatat dalam jadual.

Langkah berjaga-jaga: Tumbuhan yang segar dan sihat digunakan.

8 Keputusan/

Jadual

Kepekatan larutan

Natrium bikarbonat

0.2 %

0.4%

0.6%

0.8%

1.0%

Bilangan gelembung

Gas dlm masa 1 minit






Kadar f/sintesis






9 Kesimpulan

Semakin tinggi kepekatan karbon dioksida semakin tinggi kadar . fotosíntesis . Hipotesis diterima.